Announcement
Maklumat Vaksinasi Pegawai

30/06/2021

Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa SCS-GEMS telah menyediakan ruangan untuk mengemaskini maklumat vaksinasi pegawai. Maklumat ini amat penting untuk dikemaskini bagi memastikan semua penjawat awam negeri telah menerima vaksin.

Oleh yang demikian, kerjasama anda adalah dihargai untuk mengemaskini maklumat vaksinasi anda melalui Employee Self Service dalam Modul Rekod Peribadi di Bahagian Personal Profile pada Tab Vaccine.

Nota : Sila rujuk MySejahtera anda untuk mengemaskini maklumat vaksinasi bagi mengelak kekeliruan semasa mengisi.

Kita Jaga Kita.

Sekian Harap Maklum