Announcement
Pengemaskinian Unit Organisasi Peringkat Jabatan

27/09/2019

>> UNTUK PERHATIAN HRC & HRO JABATAN <<

Sistem SCS-GEMS akan dijadikan sebagai rujukan bagi mendapatkan maklumat peribadi dan tempat/lokasi bertugas yang akan digunapakai oleh sistem-sistem lain yang akan dibangunkan oleh SAINS pada masa akan datang. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tersebut, pihak jabatan adalah dikehendaki untuk mengemaskini status Ibu Pejabat dalam Sistem SCS-GEMS. Klik read more untuk maklumat lanjut.

Semua jabatan perlu menyemak/mengemaskini status Ibu Pejabat dalam SCS-GEMS bagi membezakan pejabat tersebut samada ianya berstatus Ibu Pejabat atau tidak.

Akses SCS-GEMS

Dept Admin yang dilantik di jabatan masing-masing perlu memberi peranan berikut bagi melancarkan proses kemaksini.

a. Jabatan Major-

·         PM Dept Post User (7 Major) – Pengemaskini Data

·         PM Dept Post Verifier (7 Major) – Pengesah Data

b. Jabatan Bukan Major

·         PM Dept Post User (Non 7 Major) – Pengemaskini Data

·         PM Dept Post Verifier (Non 7 Major) – Pengesah Data

Panduan Ringkas SCS-GEMS

a. Pengemaskini Data

Klik pada menu berikut untuk mengemaskini;

SCS-GEMS > HR Admin > Post Management > Business Unit Maintenance (Di bawah tajuk Post Maintenance)

1.       Klik pada BU pejabat/unit/cawangan yang perlu dikemaskini

2.       Klik Edit

3.       Ubah status Headquarters daripada No kepada Yes dan status Station daripada Kuching kepada Ibu Pejabat (sekiranya pejabat tersebut berada di Ibu Pejabat dan sebaliknya)

4.       Klik Save

5.       Sekiranya semua maklumat tepat, klik Submit for Verification. Sekiranya perlu pembetulan, klik Cancel dan ulang langkah 3

 

b. Pengesah Data

Semak pada menu Task Listing > Post Management sekiranya Pengemaskini Data telah menghantar maklumat untuk disahkan. Klik Grab Task. Pilih tugasan yang perlu disahkan, sahkan (sekiranya betul), dan klik Complete Task.