Announcement
PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DALAM SCS-GEMS
11/06/2025
PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DALAM SISTEM SCSGEMS
Perhatian kepada semua warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS).
Semua pegawai diwajibkan mengemas kini data peribadi masing-masing dalam sistem SCS-GEMS pada setiap awal tahun atau apabila berlaku sebarang perubahan maklumat peribadi.
Untuk makluman, sistem SCSGEMS merupakan sumber data utama bagi semua sistem dan proses berkaitan pengurusan sumber manusia (HR) di peringkat PANS. Oleh itu, ketepatan maklumat dalam sistem ini amat penting bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran dan integrasi sistem secara menyeluruh.
Kerjasama semua pihak dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum dan tindakan lanjut sewajarnya.
HRDM