Announcement
PEMBERIAN PERANAN GEMS

01/11/2016

UNTUK PERHATIAN SEMUA DEPT ADMIN

Semua Pentadbir Sistem Jabatan (Dept Admin) bagi Sistem SCS-GEMS dikehendaki memastikan setiap pemilik proses di jabatan masing-masing telah diberi peranan dalam GEMS. Urusetia GEMS USMN memohon kerjasama semua Pentadbir Sistem Jabatan sentiasa mengemaskini peranan jika berlaku pertukaran pemilik proses. Pemberian peranan selengkapnya kepada pemilik proses juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan penangguhan tugasan yang dihantar oleh pengguna GEMS.

Sekian, Harap Maklum,

Sumber : Seksyen Pengurusan Maklumat, Unit Sumber Manusia Negeri