Announcement
MALUMAN TIADA VERIFIKASI UNTUK MODUL PROFIL PERIBADI SCS-GEMS

12/05/2017

MAKLUMAN TIADA VERIFIKASI UNTUK MODUL PROFIL PERIBADI SCS-GEMS

Yang Arif Datu/YBhg. Dato Sri/YBhg. Datu/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sebagai makluman kepada semua pengguna, Modul Profil Peribadi - ESS (Employee Self Service) tidak perlu melalui proses verifikasi. Sebarang perubahan atau penambahan yang dilakukan dalam modul ini adalah dipertanggungjawabkan kepada individu itu sendiri untuk memastikan rekod tersebut terkini dan tepat.

3.    Oleh yang demikian, semua pengguna dikehendaki untuk mengemaskini rekod peribadi masing-masing apabila ada perubahan atau penambahan rekod yang terkini. Seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk menerapkan nilai integriti dalam setiap individu dalam kerajaan negeri, adalah tanggungjawab individu sendiri untuk mengesahkan rekod masing-masing. Sehubungan itu, sebarang pemalsuan maklumat peribadi adalah tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Sekian, Terima Kasih,

Sebarang permasalahan berkaitan SCS-GEMS boleh diajukan terus ke emel : hrmmaklumat@sarawak.gov.my

Sumber : Seksyen Pengurusan Maklumat, Unit Sumber Manusia Negeri