Pengumuman

 
PEMBERIAN PERANAN GEMS
01/11/2016

UNTUK PERHATIAN SEMUA DEPT ADMIN

Semua Pentadbir Sistem Jabatan (Dept Admin) bagi Sistem SCS-GEMS dikehendaki memastikan setiap pemilik proses di jabatan masing-masing telah diberi peranan dalam GEMS. Urusetia GEMS USMN memohon kerjasama semua Pentadbir Sistem Jabatan sentiasa mengemaskini peranan jika berlaku pertukaran pemilik proses. Pemberian peranan selengkapnya kepada pemilik proses juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan penangguhan tugasan yang dihantar oleh pengguna GEMS.

Sekian, Harap Maklum,

Sumber : Seksyen Pengurusan Maklumat, Unit Sumber Manusia Negeri

 

 

 

 

 


SCS-GEMS Versi 1.5.0
28/10/2016

Yang Arif Datu/YBhg. Dato Sri/YBhg. Datu/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sebagai makluman kepada semua pengguna, ciri-ciri baru telah ditambah dalam Sistem SCS-GEMS bermula 28 Oktober 2016 (Jumaat). Ciri-ciri baru ini adalah melibatkan perkara-perkara seperti berikut:-

          1) Perubahan grafik - Skrin Utama,

          2) Penambahbaikan - Kelulusan cuti secara pukal;

          3) Perubahan grafik - Skrin untuk Tugasan bagi semua modul; dan

          4) Penambahbaikan - Permohonan Cuti Rehat (Pegawai Syif).

3.    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada lampiran yang dikepilkan seperti di bawah.

          - SCS-GEMS Versi 1.5.0

Sumber: Seksyen Pengurusan Maklumat, Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri